PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER SMADKLANA
Kami warga Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Memberi layanan mesra kepada pelanggan dalam segala urusan harian.
- Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap maklumat atau bantuan yang dikehendaki oleh pelanggan.
- Memastikan segala program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.
- Menyiapkan semua tempahan menyalin rakaman video audio pada tarikh ditetapkan.
- Memproses barang tuntutan dan pesanan guru-guru untuk membina BBM dalam masa dua minggu dari tarikh permohonan.
- Sentiasa prihatin dan sedia menerima cadangan dan teguran bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan PSS.
Comments
Post a Comment