SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

PELANCARAN SISTEM AUTOMASI






PELANCARAN SISTEM AUTOMASI PS-SENTRAL

  • PSS SMADKLANA telah melancarkan penggunaan sistem automasi PS-SENTRAL pada 13 Julai 2018. 
  • Sebelum ini, sistem ini sebenarnya telah digunakan di PSS untuk pengkatalogan sahaja. Oleh itu, PSS mengorak langkah memperluas penggunaan sistem ini untuk proses sirkulasi, daftar masuk ke PSS, laporan dan analisis serta cetakan kad keahlian. 
  • Penggunaan sistem automasi membantu GPM menguruskan PSS dengan lebih sistematik dan berkesan. 
  • Tarantula merupakan kerangka kerja (framework) Pusat Sumber Digital yang telah dinilai dan diperaku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia ( surat-akuan-BTP). Sistem ps-SENTRAL ini berkonsepkan ‘moden library’ yang mengguna pakai internet sebagai media capaian bagi tujuan perkongsian maklumat antara pusat sumber. Sistem ini berintegrasi sepenuhnya dengan iQ-PSS dan i-NILAM dan boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu dari mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet. 
o Memudahkan kerja-kerja merekod bahan pusat sumber seperti bahan buku dan bahan bukan buku.
o Dilakukan pada mana-mana komputer yang mempunyai capaian internet.


CIRI – CIRI UTAMA SISTEM PS-SENTRAL

1.1 Pengkatalogan — auto search maklumat bibliografi bahan (seperti Judul, Nama Pengarang, Penerbit, dll) berdasarkan No.ISBN/No.ISSN atau judul semasa proses pendaftaran bahan baru hendak didaftarkan. Ini menjimatkan masa key-in bahan baru. Ini bermakna anda boleh copy maklumat bahan dari pusat sumber lain dengan membuat carian berdasarkan ISBN/ISSN atau judul. Boleh upload gambar kulit depan buku/bahan.



1.2 Label Barcode — No.Barcode dijana secara auto oleh sistem (boleh key-in manual sekiranya perlu) dan boleh dicetak di atas kerta kosong atau kertas sticker label menggunakan semua jenis pencetak.

923.7595MOH


1.3 Label Tepi — boleh dicetak di atas kertas kosong atau kertas sticker label menggunakan semua jenis pencetak.

1.4 Kad Ahli — boleh upload gambar murid, guru dan staf. Boleh cetak kad
ahli bergambar/tanpa gambar berserta barcode No.Ahli menggunakan semua jenis pencetak.


1.5 Sirkulasi — proses sirkulasi secara online. Ahli boleh booking secara online dari mana-mana sahaja dan ahli boleh memberi review/komen/rating bahan yang dibaca.

1.6 Laporan — cetakan slip kerja (slip kerja tidak perlu diisi secara manual), rekod perolehan, slip pinjaman , analisis, dll.



1.7 WebOPAC — Online Public Access Catalogue. Carian bahan PSS boleh dibuat secara online worldwide. Semua orang boleh melihat Katalog bahan PSS yang anda publish secara online dan membuat booking online sekiranya anda benarkan.









Comments