SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

PIAGAM


PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER SMADKLANA

Kami warga Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


  • Memberi layanan mesra kepada pelanggan dalam segala urusan harian.
  • Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap maklumat atau bantuan yang dikehendaki  oleh pelanggan.
  • Memastikan segala program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.
  • Menyiapkan semua tempahan menyalin rakaman video audio pada tarikh ditetapkan.
  • Memproses barang tuntutan dan pesanan guru-guru untuk membina BBM dalam masa dua minggu dari tarikh permohonan.
  • Sentiasa prihatin dan sedia menerima cadangan dan teguran bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan PSS.

Comments