SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya        tidak bergantung kepada buku teks.
3. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik dan berdikari.
4. Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan alatan pengajaran dan          pembelajaran.
5. Menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang            berbeza di kalangan pelajar.
6. Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

Comments