SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

SEJARAH PENUBUHAN

PSS SMA Dato’ Klana Petra Maamor telah ditubuhkan selari dengan penubuhan SMA Dato’ Klana Petra Maamor. PSS pada awalnya diletakkan di bangunan blok C.


Pada tahun 1997, PSS telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang iaitu di blok A. Pada tahun 2005, pihak sekolah telah menaik taraf bilik makmal komputer dan pada tahun 2006 dinaik taraf pula bilik perpustakaan.Pihak sekolah ,Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah memberikan bantuan menaik taraf perpustakaan yang menelan perbelanjaan RM 15,000.00 ( Ringgit Malaysia : Lima belas ribu ).



Pada tahun 2006, atas inisiatif Pengetua dan GPK 1 , En Mohamad Aspari dan guru-guru PSS satu konsep PSS telah diperkenalkan. Konsep yang dimaksudkan ialah untuk mewujudkan Taman Ilmu PSS SMA Dato’ Klana Petra Maamor. Selaras dengan konsep ini telah wujud kaunter perpustakaan yang baru dan berusaha meningkatkan proses teknik bahan buku dan penggalakan peminjaman kepada pelajar dan guru. Selain itu penambahan kepada sudut ilmu seperti di dalam kelas dan di luar kelas. Kini PSS SMA Dato' Klana  Petra Maamor mempunyai 3 buah bilik sumber utama yang boleh berfungsi sendiri.


Pada tahun 2007, pihak pentadbiran sekolah dan PIBG telah membina 3 buah pondok bacaan yang diberi nama Anjung Nilam, Wakaf Karya Agong dan Wakaf Cendekiawan serta menambah 7 buah komputer sekolah, pencetak dan pengimbas. Di samping itu, pihak PIBG juga telah menyumbang bangku duduk dan bunga untuk keceriaan sekolah dan PSS. Kini PSS SMA Dato'  Klana Petra Maamor merupakan PSS ke arah meningkatkan kemudahan fizikal, keceriaan dan program/aktiviti PSS.


Pada tahun 2008, PSS SMA Dato' Klana Petra Maamor  berusaha untuk mengekalkan pencapaian gred A dengan mengemaskinikan fail, meningkatkan perkhidmatan, menambah kemahiran dan penggunaan ICT dalam  kalangan guru dan murid. 


PERKEMBANGAN PSS KINI (2018)

        Pada tahun 2018, pihak PIBG telah memberi sumbangan kepada PSS SMA Dato' Klana Petra Maamor untuk menaik taraf fizikal PSS dengan penukaran tingkap nako kepada tingkap panel. Begitu juga dengan penukaran pintu kayu kepada pintu kaca. PSS SMADKLANA telah melancarkan penggunaan sistem automasi PS-SENTRAL pada 13 Julai 2018. Sebelum ini, sistem ini sebenarnya telah digunakan di PSS untuk pengkatalogan sahaja. Oleh itu, PSS mengorak langkah memperluas penggunaan sistem ini untuk proses sirkulasi, daftar masuk ke PSS, laporan dan analisis serta cetakan kad keahlian. Penggunaan sistem automasi membantu GPM menguruskan PSS dengan lebih sistematik dan berkesan.







Comments