BICARA TOKOH
KOLAJ
TEKA SILANG KATA
PERTANDINGAN MEWARNA
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)
- Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
- Program KM1M 2018 diadakan selama 3 hari iaitu pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Pembacaaan Berkualiti Menjana Minda Bestari.
- Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
(i) Pelancaran KM1M
(ii) Bicara buku
(iii) Pertandingan mewarna gambar bertemakan Membaca
(iv) Pertandingan reka bentuk
(v) Teka silang kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
(vi) Kuiz
(vii) Pertandingan Kolaj
- Aktiviti ini melibatkan semua murid, guru dan staf.
- Objektif program ini adalah seperti:
(i) Menggerakkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan murid dan sebagai
pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.
(ii) Memupuk minat membaca secara berterusan.
(iii) Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuh
kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Comments
Post a Comment