SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

KHIDMAT BANTU









PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS (KBPSS)

  • Program Khidmat Bantu PSS (KBPSS) tahun 2018 telah dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (BTPNNS) dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan (PKGNS). 
  • Sebanyak 44 buah sekolah telah dipilih bagi menerima khidmat bantu dan khidmat bimbingan ini. PSS SMADKLANA turut terpilih untuk mengikuti program KBPSS iaitu pada 7 dan 8 Mac 2018. 
  • Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengurusan dan pembangunan PSS yang lebih cemerlang serta membantu guru-guru menggunakan segala kemudahan PSS dalam PdPC di dalam bilik darjah. 
  • Seramai 4 orang pegawai PKG hadir untuk memberi khidmat bimbingan iaitu: 
(i) Pn. Norlida Akmar binti A.Aziz
(ii) En. Mohammad Akmal bin Abd Razak
(iii) En. Helmi
(iv) Pn. Zaida binti Daud





Comments