SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

PELANCARAN NILAM





PROGRAM NILAM 
  • Program NILAM merupakan satu program untuk membina tabiat suka membaca dalam kalangan murid dan guru kerana amalan membaca sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.
  • Program ini juga bertujuan menggalakkan murid-murid dan guru-guru berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku serta membuat catatan NILAM.
  • Sebagai langkah galakan , anugerah NILAM diberi kepada murid-murid dan guru-guru.







Comments