SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

BICARA TOKOH

KOLAJ


TEKA SILANG KATA



 PERTANDINGAN MEWARNA







KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)





  • Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. 
  • Program KM1M 2018 diadakan selama 3 hari iaitu pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Pembacaaan Berkualiti Menjana Minda Bestari. 
  • Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti: 
(i) Pelancaran KM1M
(ii) Bicara buku
(iii) Pertandingan mewarna gambar bertemakan Membaca 
(iv) Pertandingan reka bentuk
(v) Teka silang kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
(vi) Kuiz
(vii) Pertandingan Kolaj

  • Aktiviti ini melibatkan semua murid, guru dan staf. 
  • Objektif program ini adalah seperti: 
(i) Menggerakkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan murid dan sebagai 
pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.
(ii) Memupuk minat membaca secara berterusan.
(iii) Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuh 
kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Comments