SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT






PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT SEHARI 2018
ANJURAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JPNS DAN BTPNS

  • Program yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama JPNS dan BTPNS telah diadakan pada 24 April 2018. Semua sekolah terlibat dengan program ini. 
  • Semua guru dan murid dikehendaki membaca serentak selama 10 minit iaitu dari pukul 11.00 hingga 11.10 pagi. 
  • Objektif program ini adalah seperti: 
(i) Membudayakan amalan membaca dalam diri warga sekolah terutamanya golongan pelajar.
(ii) Memberi pendedahan kepada warga sekolah adanya Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sehari.




Comments