SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

LAWATAN PENANDA ARAS KE PSS PENDETA ZA'ABA






LAWATAN PENANDA ARAS KE PSS SMK PENDETA ZA’BA

  • Lawatan penanda aras ini telah diadakan pada 4 Mei 2018. 
  • Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, GPM dan Jawatankuasa Kerja PSS telah terlibat dalam lawatan tersebut. 
  • Objektif lawatan adalah seperti: 
(i) Berkongsi ilmu dan idea untuk membangunkan PSS.

(ii) Mendapatkan rujukan dan panduan yang betul untuk mengemas kini fail PSS.

(iii) Menjadikan PSS SMK Pendeta Za’ba sebagai contoh.

(iv) GPM dapat menjalankan tugas yang sepatutunya dengan betul. 
  • Lawatan ini Berjaya mencapai matlamatnya kerana banyak ilmu dan idea yang dikongsikan oleh GPM SMK Pendeta Za’ba.
                      




Comments