SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

LAWATAN KE PAMERAN BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR





LAWATAN KE PAMERAN BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 

  • Lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah diadakan pada 28 April 2018.
  • Lawatan melibatkan 4 orang guru pengiring dan 40 orang pengawas PSS.
  • Objektif lawatan adalah seperti:
(i)   Menggalakan murid-murid membudayakan amalan membaca.
(ii)  Menggerakkan aktiviti galakan membaca untuk warga sekolah.
(iii) Memberi peluang Ahli PSS memilih sendiri bahan bacaan yang sesuai untuk mereka gunakan             dalam aktiviti NILAM



Comments