SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

PERTANDINGAN PIDATO RAJA KITA





PERTANDINGAN PIDATO RAJA KITA
  • Pertandingan Kuiz dan Pidato Raja Kita diadakan sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-70. 
  • Pertandingan Kuiz telah diadakan dari 17 Januari hingga 26 Januari 2018. PSS SMADKLANA telah bekerjasama dengan Panitia Sejarah untuk menganjurkan aktiviti ini. 
  • Pertandingan Pidato Raja Kita pula telah diadakan pada 26 Januari. PSS SMADKLANA telah bekerjasama dengan Panitia Bahasa Melayu untuk menganjurkan pertandingan ini. 
  • Kedua-dua pertandingan terbuka kepada semua pelajar SMADKLANA. 
  • Objektif pertandingan ini adalah seperti berikut: 
(i) Menanamkan perasaan sayang akan pemerintah seterusnya perasaan sayang akan
negara.
(ii) Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam pidato
(iii)Meningkatkan jati diri murid-murid berhadapan dengan khalayak.
(iv)Menambahkan pengetahuan murid-murid dengan pelbagai ilmu termasuk ilmu
kenegaraan.
(v) Menggalakkan murid-murid berkunjung ke perpustakaan untuk mencari maklumat.

Comments