SMADKLANA gedung ilmu,

SMADKLANA wadah hikmah,

Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan,

Dunia digalas menuju akhirat,

Namamu tersohor dan menjadi terbilang,

Kami warga SMADKLANA Mantap aqidah itulah visi,

Unggul akhlak penghias diri,

Cemerlang akademik cerdas rohani,

Namamu unggul kebanggaan pertiwi,

Wahai ibu, ayah dan guru,

Alirkan restu dari sumber kasih yang satu,

Anak yang baik mendengar kata,

Anak yang baik berakhlak mulia,

Anak yang soleh idaman kalbu,

Hidup bertamadun dan terus maju,

SMADKLANA terus terbilang,

SMADKLANA terus gemilang,

Akhirat sejahtera dunia cemerlang,

Kami bersyukur menjadi wargamu,

Namamu masyhur dan terus maju,

SMADKLANA terus maju.

Literasi Maklumat

Definisi Literasi Maklumat (LM): Suatu kemahiran mencari, menilai dan bijak menggunakan maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

 

5 Elemen dalam Literasi Maklumat:
• Kemahiran Maklumat/ Perpustakaan
• Kemahiran Belajar
• Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
• Kemahiran ICT
• Kemahiran Komunikasi

 

Bagaimana Melaksanakan Literasi Maklumat di Sekolah :
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
• Melalui Kerja Kursus
• Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, RBT lain lain)
• Melalui Aktiviti di dalam Kelas
• Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
• Melalui Kerja Kendiri (independent study)
• Melalui Program/Aktiviti PSS dan Aktiviti Sekolah
• Melalui Program Membaca
• Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

 

Peralatan dan Bahan yang digunakan untuk Pelaksanaan Literasi Maklumat :
• Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak)
• Komputer dan akses internet
• Bahan digital – sumber elektronik
• Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan
 

Kemahiran Maklumat yang perlu ada pada Murid :
• Mengenalpasti keperluan maklumat
• Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai
• Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain
• Mempersembahkan maklumat




Comments